Perhimpunan BERSIH: Berjaya atau Tidak, Pemerintah Tetap Dipandang Serong -3

Kesilapan demi kesilapan terus dilakukan oleh pemerintah Malaysia di dalam menangani gelombang kuning pada 10 November yang lepas. Persediaan pemerintah dalam pada sebelum, semasa dan selepas untuk mendepani Perhimpunan BERSIH tempoh hari nampaknya gagal menghalang rakyat daripada menyuarakan suara hati mereka untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

Walau betapa banyak pun strategi yang digunakan oleh pemerintah melalui sumber-sumber Negara, akhirnya tetap akur dengan suara rakyat yang mahukan perubahan selepas tertipu selama ini. Namun, persoalan yang timbul kini, adakah pemerintah mahu menurut suara rakyat? Atau terus berdolak dalih dengan menggunakan kuasa yang ada di tangan mereka untuk menkan dan menipu rakyat terus menerus dengan impian kosong dan suasana aman bahagia yang palsu.

Biar macam manapun suara rakyat mahukan perubahan, ternyata teori “will of the people” seperti yang dipopularkan oleh Roscoe Pound masih gagal membuktikan kebenarannya di dalam berdepan dengan teori Herbert Spencer “might is right” yang lahir daripada teori “natural selection” aliran falsafah Social Darwinisme. Pemerintah menggunakan kuasa yang ada pada tangan mereka semaksima yang mungkin untuk menekan suara dan keinginan rakyat.

Kenapa? Kerana, syarat utama untuk memastikan suara dan keinginan rakyat ini mampu merobah Negara adalah dengan kesatuan yang membina tenaga luar biasa yang akhirnya mampu menjadikan pemerintah akur dan tunduk kepada rakyat.

Kita sudah dihamparkan oleh sejarah dengan dua model perubahan. Lihat sahaja bagaimana revolusi Iran telah menjatuhkan Shah Iran dan hingga ke hari ini telah menjadi salah sebuah Negara yang mampu memberi saingan dan tekanan kepada kuasa empayar global Amerika Syarikat. Kita juga sudah melihat bagaimana fasa perubahan yang memakan puluhan tahun lamanya dan terbukti melalui pilihanraya Turki 2007. Rakyat sudah muak dengan sekularisme pemerintah dan kini menunjukkan minat kepada pemimpin-pemimpin yang berlatarbelakangkan Islam. Sekalipun di dalam Parti Refah dahulu mereka ditolak, tetapi melalui penjenamaan semuala dengan nama AKP, perjuangan mereka semakin disambut.

Namun, rakyat perlu bersatu di dalam menyatakan suara dan keinginan perubahan. Selagi kita dipisahkan melalui agenda politik pemecahan oleh pemerintah, selagi itulah maka keinginan dan suara kita ditolak atas alas an bahawa kita hanya mewakili suara kecil.

Rakyat perlu bangkit dan berani menyatakan suara dan keinginan kita untuk berubah. Selagi kita hanya berselindung di balik bayang-bayang ketakutan kita terhadap tekanan pemerintah, maka selagi itulah kita akan terus ditipu dan hasilmuhsil tanah air kita dirompak dan dibahagikan sesame golongan yang berkepntingan sahaja.

Pemerintah sudah terbukti gagal di dalam menangani gelombang kuning tempoh hari. Tambahan lagi dengan komentar-komentar memalukan oleh pemimpin-pemimpin pemerintah, Malaysia sudah nyata sedang munuju kehancuran di bawah kepimpinan pemerintah yang emosional, materialistik, individualistik, dan tidak amanah. Seharusnya rakyat sedar dan melihat keserongan pemerintah kita pada hari ini.

Adakah kita mahu kekal di dalam kegelapan dan kejahilan seperti ini? Sedangkan kita harus dan layak untuk mendapat lebih daripada itu. Malaysia tidak layak dipimpin oleh pemerintah jahil.

Perhimpunan BERSIH menuntut dengan aman untuk satu perubahan di dalam pilhanraya umum Malaysia untuk dilaksanakan dengan adil dan bersih daripada penipuan dan campurtangan pemerintah yang mahukan pengekalan kuasa mereka. Sekiranya perhimpunan aman pun ditolak oleh pemerintah, nah, apa lagi usaha kita untuk menjadikan Malaysia sebagai tempat tingal yang lebih baik untuk semua?

Jika dikatakan Malaysia ini sudah aman dan bahagia, kenapa masih lagi timbul isu kemiskinan seperti yang dipertontonkan oleh Bersamu? Kenapa masih lagi timbul kes-kes pecah amanah seperti yang didedahkan oleh BPR? Kenapa nama pemimpin no. 2 negara boleh terkait dan disebut di dalam kes perbicaraan Alatantuya? Kenapa ada di antara pemimpin-pemimpin kita yan ditangkap khalwat? Kenapa masih wujud jurang yang cukup besar di antara golongan karporat dan ahli politik jika dibandingkan dengan golongan sederhana dan miskin? Kenapa kualiti arena sukan kita terus-menerus jatuh merudum di peringkat antarabangsa? Kenapa belia dan mahasiswa kita diperlekeh dan dikembirikan? Kenapa pendidikan kita terus menerus menjadikan pelajar-pelajar kita sebagai tikus makmal? Kenapa?

Tidak cukupkah bukti-bukti yang sedang berlaku di sekeliling kita untuk kita fikir dan nilaikan? Nah, apa kata rakyat? Adakah mahu terus bergelumang dengan dosa ke atas tanah air dan agama kita? Ataupun maju ke hadapan dan buktikan suara kita dan keinginan kita.

Jangan hanya duduk sebagai pemerhati, mari kita hidupkan perubahan. Jangan hanya bergoyang kaki dengan kemewahan, mari kita samaratakan kehidupan. Jangan hanya jadi bacul pengecut, keluarlah sebagai wira Negara dan agama, buktikan kebenaran dan kita sanggah kezaliman.

Comments