Sementara Menunggu…
yang duduk-duduk, ada yang mundar-mandir. Tidak kurang pula yang sedang berbaring, tidak menghiraukan lagi orang lain di sekeliling dek memenuhi tuntutan mata yang sudah layu.
Penerbangan penulis kembali ke Kuching pada pukul 7.10 pagi nanti. Teman penulis yang menemani, kerana mahu ziarah sahabt-sahabat PERKEPIS di
Kepenatan selepas berakhirnya Induksi Pimpinan PKPIM Sesi 07/08 petang semalam masih lagi terasa. Walaupun tiada aktiviti yang melibatkan kerahan fizikal, penatnya tetap terasa selepas memerah otak sepanjang induksi. Induksi berakhir dengan seribu satu perancangan sepanjang sesi mendatang. Penulis hanya doakan, mudahan Tuhan anugerahkan yang terbaik buat hamba-Nya.
Mahu atau tidak mahu? Jawapannya terpulang kepada penulis sekarang. Samada mahu menurut desakan sahabat-sahabat pimpinan yang lain untuk ke Turki. Atau tarik diri sahaja daripada rombongan itu. Penulis sedang masyghul mahu membuat keputusan. Mahu ditolak, peluang bukan datang selalu. Mahu diterima, kapasiti dan kondisi penulis amat berat untuk membenarkan. Akhirnya, bagaimana?
Tidak sabar rasanya untuk menjejak kaki kembali di bumi Kuching. Sekalipun banyak lagi urusan yang penulis selesaikan di
Semoga penulis diberikan kekuatan oleh Tuhan mendepani segala cabaran dan dugaan dari-Nya.
Comments