Barisan Alternatif Kuasai Lima Negeri

Keputusan Pilihanraya Umum ke-12 telah menyebabkan Dato' Seri Mahzir Khalid (Kedah), Dato' Seri Koh Tsu Khoon (Pulau Pinang), Datuk Sri Mod. Khir Toyo(Selangor) dan Datuk Sri Tajol Rosli Ghazali(Perak) terlepas jawatan Menteri Besar di negeri masing-masing. Calon-calon Menteri Besar daripada kalangan Barisan Alternatif yang disahkan setakat ini adalah Lim Guan Eng (DAP) yang bakal menerajui Pulau Pinang dan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengekalkan teraju pemerintahan di Kelantan. Calon-calon Barisan Alternatif yang disebut-sebut bakal mengisi jawatan Menteri Besar Selangor adalah Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR) dan Dato' Dr. Hassan Ali (PAS). Kelihatannya lebih berat memihak kepada Tan sri Khalid Ibrahum. Manakala di DAP dijangka mengisi jawatan Menteri Besar Perak dan PAS untuk Kedah.

Kemenangan Barisan Alternatif yang menyaksikan koalisi menarik iaitu PAS-PKR dan DAP-PKR memperlihatkan kuasa luarbiasa malah telah mencatit sejarah paling menarik di dalam Pilihanraya Malaysia sepanjang kemerdekaan Malaysia. Koalisi tersebut jelas memperlihatkan faktor PKR sebagai jambatan penghubung di antara PAS dan DAP untuk menjadi satu pakatan kerajaan lima negeri yang berupaya meneraju pemerintahan negeri ke arah perpaduan dan pembangunan. PKR memainkan peranan penting di dalam era pasca Pilihanraya Umum ke-12 yang bersejarah yang pastinya tidak terlupakan. Sebagai jambatan penghubung, PKR perlu mencari jalan menghubungkan PAS-DAp yang tidak sehaluan dari awal lagi.

Kemenangan yang entah diduga atau tidak oleh Barisan Alternatif sendiri sekalipun telah dilaung-laungkan oleh "x-factor" Barisan alternatif, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sekian lama 13 hari berkempen, nyata yang pasti mengejutkan koalisi Barisan Nasional daripada lena nyenyak yang nyaman. Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi menerima tamparan yang hebat apabila lima buah negeri jatuh ke tangan Barisan Alternatif, satu sejarah yang tidak pernah dicatit oleh mana-mana pemimpin no.1 Malaysia sejak sekian lama sebelum ini. Tambah mengejutkan lagi, Dato' Sri abdullah Ahmad Badawi telah kehilangan ramai orang kanannya di kalangan Menteri-menteri Besar yang kehilangan negeri dan Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri Kabinetnya yang kalah mengejut menyaksikan ammarah rakyat terhadap mereka. Dato' Sri Samy Vellu, Datuk Sri Abdul Aziz, Dato' Sri Shahrizat Jalil, Dato' Fu Ah Kiaw, Dato' Awang Adek dan ramai lagi telah menerima berita kekalahan dengan perasaan tidak percaya.

Di mana silap percaturan politik Barisan Nasional dan di mana kuatnya strategi politik Barisan Alternatif? Seminggu pasca Pilihanraya Umum ke-12 ini akan menyaksikan diskusi hebat, perdebatan, Artikel-Artikel, Penilaian Pakar dan bermacam lagi komentar yang bakal menoktahkan satu gambaran apa yang terjadi kepada BN dan BA.

Comments

Anonymous said…
Alhamdulillah..kemenangan yg besar utk BA..show that msians are ready for change...just wondering kenak swak BN masih menang besar? why oh why??!!!