ADAKAH AHLI UMNO BERHAK DESAK PAK LAH LETAK JAWATAN PERDANA MENTERI?

Apa kata NAZRI AZIZ?

“Ketika memangkah BN, pengundi menyedari Abdullah akan menjadi Perdana Menteri dan itu yang mereka mahukan”

“Apabila kumpulan pemimpin ini meminta Abdullah berundur sebagai Perdana Menteri, mereka seolah-olah memberitahu rakyat Pak Lah tidak boleh dipilih sebagai Perdana Menteri sedangkan itu hak rakyat”

”Saya rasa mereka itu tak faham konsep demokrasi”

”Tak semestinya kalau jadi menteri dia faham semua perkara. Bukan semua menteri cerdik dan tak semestinya semua yang mereka buat itu betul”

”Mereka silap (meminta Abdullah berundur) kerana suara rakyat jauh lebih keramat daripada suara Umno, malah Umno pun boleh jatuh kalau rakyat tak sokong”

”Oleh itu, saya nak tanya apa hak Umno untuk menafikan kemahuan rakyat yang inginkan Pak Lah sebagai Perdana Menteri?”

*sumber daripada Utusan Malaysia dan Berita Harian


Apa kata MUHYIDDIN YASSIN?

”Soal Perdana Menteri dipilih oleh rakyat, mengikut pandangan saya yang tidak cerdik, itu adalah tidak tepat”

“Abdullah sebenarnya dipilih oleh ahli UMNO yang memilih beliau sebagai Presiden parti dan mengikut konvensyen, sebagai Pengerusi BN beliau dipilih sebagai Perdana Menteri”

“Usah didebatkan soal ini kerana apapun Abdullah datang dari UMNO dan kepada UMNO ia (kedudukannya) harus kembali”

*sumber daripada Utusan Malaysia dan Berita Harian

Post a Comment