Khamis, April 03, 2008

Kalungan Al-Fatihah... Sekali lagi...

Kematian itu hakikat kehidupan,
Yang hidup pasti pergi,
Bertemu Tuhan yang dicintai,
Melangkah semakin hampir ke negeri abadi...

Mari bersama kita membacakan Surah al-Fatihah untuk disedekahkan kepada Allahyarham Abang Slamsa yang telah meninggal dunia pada pagi semalam (02/04/08). Allahyarham Abang Slamsa adalah merupakan ayahanda tercinta kepada sahabat saya, rakan seperjuangan, teman se-usrah, Sdri. Dayang Hartini Binti Abang Slamsa. Semoga saudari tabah, sepertimana selalunya, dengan ketentuan Allah S.W.T. ini. Mudah-mudahan roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh.

Takziah buat Sdri. Dyang Hartini dan keluarga.

Al-Fatihah.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...