Demo Peringatan Hari Nakba

Saya hadir di hadapan Wisma UN di Damansara bersama dengan rakan-rakan PKPIM dan pertubuhan-pertubuhan lain untuk menyatakan pendirian tegas kami menentang kewujudan negara haram Israel di atas negara Palestin. Demonstrari yang saya kira tidak sampai korum untuk layak digelar demonstrasi bermula pukul 10.30 pagi hingga 11.45 pagi tadi. Rombongan PKPIM sampai agak lewat kerana sikap buruk ahli-ahlinya yang suka untuk tidak menepati masa dan tidak menghormati masa orang lain.

Sekalipun begitu, berkesempatan juga wakil PKPIM untuk turut serta masuk ke dalam Wisma UN untuk bertemu dengan pihak berwajib daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) demi menyerahkan memorandum bersama kami. Antara yang turut masuk ke dalam mengetuai kami yang berada di luar adalah Sdr. Khairul Ariffin Munir (SUA ABIM), Tn Hj. Azmi (Presiden TERAS), Sdr. Mujahedd Nasir (Exco PKPIM) dan lain-lain.

Rakaman yang saya selitkan di bawah adalah sedutan perhimpunan tanpa permit kami itu dan dalam masa yang sama menyerahkan memorandum yang dinyatakan dengan disaksikan oleh kami.

Saya berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan yang yang bersama menubuhkan Integrasi Mahasiswa Muslim UIAM (IMAM) iaitu Sdr. Ashaari daripada We Unite For Islam (WUFI) dan Sdr. Dhany daripada Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA). Pertemuan dengan Sdr. Adib (Presiden MPP UIAM) juga cukup baik setelah begitu lama tidak berkerjasama dengan beliau lagi untuk menganjurkan Diskusi Intelek Bulanan ketika beliau masih menjawat jawatan Presiden IRKHSS dan saya pada ketika itu masih menjawat Presiden IYC.

Hari Nakba, peringatan buat setiap yang bergelar Muslim bahawa pada tarikh ini 60 tahun yang lepas, kita telah membiarkan maruah kita diinjak dengan membiarkan Negara Palestin dibahagikan dan sebahagiannya diserahkan kepada Yahudi untuk penubuhan negara Haram Israel. Didukung oleh PBB pada ketika itu dengan sokongan daripada Britain dan sekutu-sekutunya, perancangan cilik lagi licik Zionis mampu menidakkan seluruh suara dunia Islam ketika itu. Hari ini, bukan hanya sebahagian sahaja tanah asal Negara Palestin dicabul dan dijajah, malah hampir keseluruhannya di bawah taklukan Zionis-Israel kecuali beberapa perkampungan kecil sahaja yang tinggal menentang penjajahan tersebut.

Saya pun berfikir, apakah yang mampu untuk saya buat untuk saudara-saudara se-aqidah saya di Palestin? Adakah cukup sekadar berdemonstrasi dan menyerahkan memorandum? Kalau saya mara berani, adakah yang yang lain akan turut serta?

Comments