PRK 08, PRU 12 dan Pindaan AUKU
Saya menjangkakan senario Pilihanraya Kampus (PRK) pada tahun ini dijangka tambah lebih menarik. Apatah lagi selepas daripada Pilihanraya Umum (PRU) ke 12 pada 8 Mac yang lepas, pastinya tsunami politik yang melanda Negara akan turut mengesankan sedikit sebanyak senario politik kampus. Semenjak PRK 1999 yang terkesan daripada pergolakan politik semasa Negara ketika itu, saya kira PRK 2008 akan memperlihatkan “trend” yang hampir serupa tatkala Negara pada ketika ini dilanda kemelut politik samada yang bersifat intra mahupun inter koalisi parti sedia ada. Tambahan lagi, kemelut politik semasa turut menguji daya tahan sesebuah parti samada hubungan luar mahupun dalamannya. Tentu sekali ini akan memberi sumbangan kepada pembentukan senario PRK pada tahun ini.
Sekalipun bahang PRK masih lagi belum dirasai oleh sebilangan besar mahasiswa mahupun rakyat, tetapi ini tidak dapat dijadikan sebagai ukuran di dalam menilai senario PRK yang bakal berlangsung. Tambahan pula, PRK pada tahun ini berlangsung ketika mana Negara sedang berdepan dengan kesan daripada PRU 12.
Justeru, seperti mana kesan PRU 10 pada tahun 1999 dan PRU 11 pada tahun 2004 mempengaruhi secara langsung PRK pada tahun-tahun tersebut, PRU 12 yang lepas akan turut mengesankan PRK pada tahun ini.
Pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebenarnya adalah suatu yang amat perlu bagi mahasiswa. Seharusnya, ia bukan sahaja disambut positif oleh mahasiswa yang terlibat secara aktif di dalam politik kampus, malah oleh mahasiswa secara keseluruhannya.
Pada pentadbiran kampus, saya kira pindaan AUKU pada kali ini hanya akan memperlihatkan perubahan kecil dan tidak akan membawa perubahan yang ketara pada pengurusan PRK kali ini di atas dua sebab. Pertama, proses pindaan AUKU baru sahaja sampai ke peringkat pembacaan pindaan di Parlimen. Ia masih menunggu untuk diperbahaskan setelah tertangguh sejak 18 Ogos yang lepas disebabkan oleh isu perletakan jawatan oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ahli Parlimen P. 44 Permatang Pauh sekaligus sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Maka, pindaan AUKU sebenarnya masih lagi di dalam proses pindaan dan cadangan pindaan belum lagi digazetkan. Sehingga itu, AUKU sedia ada masih lagi digunapakai.
Kedua, sekalipun pindaan AUKU masih di dalam proses, kesan-kesan daripada cadangan tersebut sebenarnya sudah boleh dilihat di kampus-kampus utama. Contohnya, apabila UKM dan UIAM menganjurkan forum yang melibatkan ahli-ahli politik daripada parti kerajaan dan pembangkang di atas pentas yang sama. Ini adalah satu bentuk satu manifestasi kepada salah satu cadangan pindaan AUKU yang membolehkan ahli-ahli politik untuk dijemput masuk dan menyampaikan pandangan di dalam kampus.
Maka, jika dilihat pandangan kedua ini, saya menjangkakan beberapa perubahan kecil akan dilaksanakan di dalam PRK. Saya menyambut positif sekiranya perubahan-perubahan yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk menyediakan mahasiswa ke arah penerimaan neo-AUKU (AUKU pasca pindaan 2008) namun adalah suatu malapetaka sekiranya kampus mengambil pendirian untuk melaksanakan perubahan-perubahan ke arah membelenggu mahasiswa sebagai reaksi daripada pindaan AUKU.
Namun, pada mahasiswa, pindaan AUKU akan membawa perubahan yang ketara di dalam PRK kali ini. Pindaan AUKU tentunya akan membangkitkan semangat dan keberanian mereka di dalam PRK. Malahan, ia akan menyumbang kepada peningkatan jumlah mahasiswa yang celik. Belum pun sampai tempoh masa PRK, sebenarnya sudah kelihatan beberapa insiden yang menyokong pandangan ini. Contohnya isu mahasiswa dihalau dan dilarang daripada memasuki dewan ketika penganjuran forum yang mempertemukan ahli politk kerajaan dan pembangkang di UKM, isu pertikaman lidah di antara mahasiswa dan pengawal keselamatan di UM, isu protes mahasiswa UiTM terhadap cadangan Menteri Besar Selangor dan beberapa isu lain. Ini menunjukkan betapa mahasiswa mendambakan sebenarnya pindaan AUKU. Namun, harus diperingatkan bahaya yang merundung sekiranya mahasiswa gagal menanganai pindaan AUKU ini secara terpelajar.

Comments