Ucapan Pendek di dalam Persidangan Meja Bulat PPSMI siri ke-2
Saya Khairul Anwar Shazali, Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mewakili persatuan saya, gabungan daripada 13 Badan-Badan Gabungan Negeri di seluruh Malaysia hadir ke sini pada hari ini untuk berkongsi pandangan dan idea berhubung dengan isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Kebimbangan terhadap keupayaan pelajar yang dilahirkan daripada sistem pendidikan Malaysia yang berteraskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, untuk bersaing di peringkat antarabangsa telah menimbulkan cadangan PPSMI ini dan seterusnya dilaksanakan secara drastik pada tahun 2003. Kenapa? Kerana kelemahan di dalam penguasaan Bahasa Inggeris yang tidak dinafikan amat penting di pentas antarabangsa dan tidak kurang juga di peringkat kebangsaan.
Kebimbangan ini adalah suatu yang wajar. Sesiapa pun tidak mahu anak mereka lemas kerana tidak pandai berenang. Kerana itulah maka disuruhnya anak mereka belajar berenang supaya mampu menongkah arus yang deras. Begitu juga peranan Bahasa Inggeris, yang tidak dinafikan kepentingannya di dalam arus globalisasi yang serba mencabar hari ini.
Namun, yang demikian, ia bukan lesen untuk kita menghakis jatidiri kita sebagai rakyat Malaysia. Sudah jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 yang mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Malah disokong keutamaannya melalui Akta Pendidikan yang memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
Tidak salah untuk kita bimbang dan khuatir akan kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan generasi muda. Tetapi, tidakkah ada cara lain selain daripada PPSMI? Kita sudah ada subjek Bahasa Inggeris di dalam sukatan pelajaran di sekolah untuk para pelajar, kenapa pula ingin mengajar past tense, future tense dan present tense di dalam subjek Matematik dan Sains?
Seharusnya kita berfikir bagaimana untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran Bahasa Inggeris di dalam subjek Bahasa Inggeris bukannya Matematik atau Sains. Mungkin boleh dipertimbangkan beberapa cadangan berikut untuk memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

- Akhbar Bahasa Inggeris sebagai akhbar tunggal di dalam darjah
- Sudut Bahasa Inggeris
- TV pendidikan dengan sajian rancangan yang menarik dan mendidik
- Minggu Bahasa Inggeris dengan aneka pertandingan berteraskan Bahasa Inggeris
- DLL
Satu kajian yang diketuai oleh Prof. Emeritus Dr. Isahak Haron daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris menunjukkan bahawa;
Pada Februari 2007; sejumlah 13.7% guru yang mengajar Sains dan 13.9% guru yang mengajar Matematik di dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya.
Namun, pada Julai 2007 berikutnya; hanya tinggal 5.7% guru yang mengajar Sains dan 9.1% guru yang mengajar Matematik di dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya.
Tidakkah nampak pada kita penurunan yang jelas ini. Bagi saya, ia samada menunjukkan kesukaran guru untuk mengajar atau kesukaran pelajar untuk belajar melalui sistem PPSMI ini.
PKPIM melalui survey rambang yang dijalankan pada setiap kali penganjuran program-program di sekolah-sekolah samada di dalam mahupun luar bandar di sekitar negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah, mendapati rata-rata pelajar terus dihantui dengan kegagalan untuk mengikuti kelas PPSMI ini. Tambah mengeruhkan lagi, para pelajar juga turut lemah di dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ini lebih tampak di kalangan pelajar di sekolah luar bandar.
Justeru, PKPIM di atas rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap nasib dan masa depan para pelajar Malaysia mencadangkan supaya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik ditukar kedalam Bahasa Melayu.

Ini adalah di antara resolusi Konvensyen Tamadun Malaysia dan Bahasa Melayu anjuran PKPIM bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia cawangan Kuantan di Pahang pada 9 Ogos yang lepas. Pandangan dan pendirian PKPIM ini adalah dengan mengambil kira kepentingan keseluruhan pelajar tidak kira di bandar mahupun luar bandar.
____________________________________________________________________
Ucapan di atas saya sampaikan sebagai mewakili PKPIM di dalam Persidangan Meja Bulat PPSMI siri ke-2 pada 27 Ogos yang lepas bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Comments
Tahniah atas usaha anda. Rata-rata ahli Kumpulan Prihatin kagum dengan ucapan anda sewaktu Sidang Meja Bulat PPSI terutama Dato Baha Zain.
Saya ingin meminta izin untuk post kan entry saudara dalam laman sesawang Kumpulan Prihatin (Suara Generasi Muda).
www.prihatin.net
Tahniah.