Eidul Fitri Mubarak!

Kullu am wa antum bi khair.

Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan buat semua di lebaran Syawal ini. Saya mohon ampun dan maaf, zahir dan batin di atas segala kesalahan saya kepada semua samada yang nampak mahupun tersembunyi dan yang sengaja mahupun tidak disengajakan.

Ambillah kesempatan yang diberikan ini untuk kita membuka lembaran baru bagi setiap perhubungan manusiawi. Semoga sentiasa dibarkahi dengan rahmat dan redha Allah di atas kasih sayang silaturahim yang kita bina. Biar beza manapun warna kulit, biar beza manapun lenggok bahasa,biar beza manapun akal pemikiran, marilah kita bersama bina hubungan kesatuan manusiawi menuju matlamat kehidupan yang sudah jelas dan pasti.
Post a Comment