Malaysia Patut Anugerah Datuk Kepada Jackie Chan dan Ekin Cheng

Saya masih belum dapat menerima fakta bahawa Kerajaan Negeri Melaka menganugerahkan Datuk (DMSM) kepada Shah Rukh Khan. Alasan yang dinyatakan oleh Kerajaan Negeri Melaka pimpinan Datuk Seri Ali Rustam terlalu leceh dan amat dangkal untuk diterima logik akal. Dengan penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan, Melaka telah menafikan sumbangan dan kelayakan para seniman dan seniwati tanah air yang berhempas pulas memajukan industri perfileman Malaysia demi memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

Tidak hairanlah kalau Hollywood dan Bollywood melecehkan pelakon-pelakon daripada Malaysia, kerana mereka ini dilecehkan oleh kerajaan sendiri. Penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan telah melukakan ramai seniman dan seniwati Malaysia. Ia merendahkan tahap motivasi mereka kerana diperlekehkan oleh kerajaan sendiri.

Saya kira, kalau dengan alasan yang diberikan oleh Datuk Ali Rustam sudah boleh diterima oleh TYT Negeri dan Raja-Raja Melayu, saya menggesa untuk anugerah seumpama yang dianugerahkan kepada Shah Rukh Khan turut dianugerahkan kepada Jackie Chan dan Ekin Cheng.

Jackie Chan bukan setakat pelakon biasa yang berasal daripada Hong Kong, malah sudah sohor di persada antarabangsa dengan lakonanya di dalam banyak filem keluaran Hollywood. Jackie Chan sudah berlakon dengan berlatar belakang Malaysia bebetrapa kali di dalam beberapa filem. Bukan setakat itu, malah sudah beberapa kali Jackie Chan melawat Malaysia dan malah membuka pusat jimnasium atas namanya di Malaysia. Bukankah itu merupakan sumbangan yang cukup banyak untuk mempromosikan Malaysia di persada anatarabangsa?



Ekin Chang pula yang popular dengan lakonannya di dalam siri 'Young & Dangerous telah berlakon dengan latarabelakang Kuala Lumpur yang serba maju dan indah. Malah, nama Ipoh dan Johor Bharu turut disebutnya di dalam salah satu siri lakonannya di dalam 'Young & Dangerous'. Plot lakonan yang berlatarbelakang Malaysia mengambil masa yang agak lama iaitu lebih kurang 10 minit. Malah turut dinyatakan di dalam skrip lakonannya di dalam plot itu menyatakan bahawa Kuala Lumpur, Malaysia merupakan tempat yang cukup baik untuk pelaburan. Bukankah itu merupakan sumbangan yang cukup signifikan di dalam menarik pelaburan dan mempromosikan perlancongan di Malaysia?

Jadi Melaka, apa tunggu lagi? anugerahkan lah juga Datuk kepada Jackie Chan dan Ekin Chang serta ramai lagi pelakon-pelakon antarabangsa yang lain yang sudah berlakon dengan berlatarbelakangkan Malaysia serta mempromosikan Malaysia di mata dunia... Pelakon-pelakon di Malaysia akan terus setia menunggu dengan setia biarpun diperlekehkan sedemikian rupa.

Comments