"Ahad" surah al-Ikhlas Bukan Setakat Satu
Surah al-Ikhlas hanya mempunyai empat ayat. Ringkas namun punya nilai bebanan sepertiga al-Quran. Baginda Nabi s.a.w. bersumpah demi jiwanya di tangan Allah s.w.t., surah al-Ikhlas menyamai sepertiga al-Quran. Sayyid Qutb menyatakan di dalam kitab tafsir masyhurnya Fi Zilaal al-Quran, bahawa kenyataan baginda Nabi s.a.w. itu tidaklah aneh kerana intipati surah al-Ikhlas amat sarat dengan pokok utama Islam iaitu aqidah keEsaan Allah s.w.t.
Saya tidak berniat menghurai panjang tafsiran surah al-Ikhlas atas faktor masa dan sumber rujukan yang terbatas. Namun ingin berkongsi bukaan hidayah yang Allah s.w.t. kurniakan ketika sedang asyik meneliti pembentangan tafsir surah al-Ikhlas daripada seorang teman di dalam usrah. Saya berasa cukup riang dengan sebutan "Ahad" di dalam usrah pada malam itu. Sehingga setelah berlalu hari-hari ini, saya masih menggagumi apa yang saya dengar dan apa yang saya fikir akan perkataan "Ahad".
Menarik untuk saya kongsikan betapa perkataan "Ahad" di dalam surah al-Ikhlas sama sekali tidak boleh disama ertikan dengan perkataan "Wahid" yang membawa maksud satu. Memang perlambangan "Ahad" itu mewakili jumlah satu. Kerana "Ahad" merupakan kata akar kepada "Wahid" iaitu sebutan dalam bahasa Arab untuk nombor satu.
Saya petik apa yang ditafsirkan oleh Sayyid Qutb di dalam kitab tafsir masyhurnya sebagai berkata; "Kata-kata "Ahad" lebih halus dari kata-kata "Wahid", kerana kata-kata "Ahad" menambahkan kepada kata-kata "Ahad"".
Ketika mana "Wahid" cuma gelar kepada nombor yang berjumlah satu, tiada bezanya ia dengan "Ithnain" untuk nombor dua, "Tsalatsa" untuk nombor tiga dan seterusnya melainkan perbezaannya adalah perlambangan untuk jumlah nombor yang diwakili oleh masing-masing di antaranya. Maka nilai (bukan jumlah) di antara "Wahid", Ithnain", "Tsalatsa" dan seterusnya tiadalah beza. Hanya jumlah yang diwakili oleh mereka berbeza di antara satu sama lain.
Namun, "Ahad" sama sekali berbeza daripada nilai dan jumlah. Ya, memang benar bahawa Allah s.w.t. itu jumlah-Nya cuma satu, namun bukan setakat itu, bahkan nilainya apabila di wakili oleh perkataan "Ahad" sama sekali tidak boleh ditandingi atau disama-nilaikan. Maka Allah s.w.t. itu tiada tolok bandingnya.
Kerana itu, di dalam ayat pertama, perkataan "Ahad" tidak sama tafsir harfiahnya dengan perkataan "Ahad" di dalam ayat terakhir surah tersebut. "Ahad" itu pengertiannya, saya petik apa yang ditafsirkan oleh Sayyid Qutb di dalam kitab tafsir masyhurnya sebagai berkata; , "tiada suatu yang lain di samping Allah dan tiada suatu yang setanding dengan Allah".
Diperkuatkan pula tafsiran "Ahad" seperti yang dinyatakan di atas dengan ayat-ayat sifat Allah s.w.t. yang menunjukkan bahawa Allah s.w.t. bukan hanya sebagai Yang Satu, tetapi adalah lebih tepat sebagai Yang Esa. Ayat kedua menyatakan bahawa Allah adalah selama-lamanya tumpuan seluruh makhluk. Ayat ketiga pula menyatakan bahawa Dia Allah tidak beranak atau diperanakkan. Dan ayat keempat terus terang menyatakan bahawa tiada yang setanding Allah s.w.t.
Kekaguman saya terhadap perkataan "Ahad" di dalam surah al-Ikhlas ini belum kunjun padam. Seolah dibuka suatu ilmu yang hadamnya tiada ternilai dan terkata melainkan dirasa akan kemanisannya. Ya Allah, barakahilah ilmu yang Kau berikan...

Comments
selamat datang ke perdana leadership foundation.
adnan
http://nandros.blogspot.com
http://serinuang.blogspot.com
Facebook: nandre harrison
http://www.smkevii.edu.my