PKPIM LANCAR KEMPEN SELAMATKAN BAHASA MELAYU, TUBUHKAN GERAKAN ANTI PPSMI


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah melancarkan Kempen Selamatkan Bahasa Melayu dan menubuhkan Gerakan Anti PPSMI pada 20 November 2008 bertempat di Sekretariat PKPIM Pusat, Kuala Lumpur. Pelancaran tersebut dilaksanakan oleh Mohd. Hilmi Ramli, Presiden PKPIM disaksikan oleh pimpinan PKPIM dan pemimpin mahasiswa yang mewakili organisasi masing-masing daripada pelbagai institusi pengajian.


Serentak dengan pelancaran tersebut, PKPIM turut melancarkan Laman Sawang yang khas bertujuan untuk meratakan kefahaman rakyat akan peri penting Bahasa Melayu. Laman tersebut boleh dicapai melalui Ruangan Gerakan Anti PPSMI di laman sawang PKPIM. Diharap dengan pelancaran laman sawang tersebut dapat membantu rakyat untuk menghayati dan menghargai Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang dijamin keutamaannya di dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan.


PKPIM menyeru rakyat keseluruhannya untuk bersama-sama di dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia. PPSMI harus dihentikan dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara di dalam proses pembelajaran dan pengajaran subjek Sains dan Matematik. PKPIM mengambil berat kebajikan dan masa depan para pelajar secara keseluruhan dengan tidak mengenepikan para pelajar di luar bandar. PKPIM percaya bahawa sistem pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia perlu memanfaatkan keseluruhan pelajar tidak kira yang berada di bandar mahupun luar bandar.


PKPIM dengan pelancaran kempen dan penubuhan gerakan ini, dapat memberi mesej yang jelas kepada pemimpin-pemimpin negara dan pelaksana-pelaksana dasar bahawa PPSMI harus dihentikan demi menjamin kebajikan dan masa depan para pelajar secara keseluruhan yang merupakan pewaris negara di masa mendatang.



KHAIRUL ANWAR BIN SHAZALI

Setiausaha Agung,

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Comments

Anonymous said…
Perjuangan orang mukmin itu ibarat air, jika ada empangan di hadapannya, ia akan mendaki atau melencong ke kanan atau ke kiri. Jika tidak boleh juga, ia akan masuk ke dalam tanah, akhirnya ia akan celus juga ke sebelah.

SALAM UKHWAH...saya link blog saudara.
sama-sama kita teruskan perjuangan Memartabat & Memperkasa Bahasa Melayu...
Anonymous said…
Saya mewakili pelajar2 STPM 2004 yang mengambil subjek2 Sains dan Matematik dalam English kurang bersetuju dengan menghapuskan PPSMI

Paling penting bagi kami adalah kefahaman bukannya Lughah ataupun Bahasa.

Pada 2002, saya mengambil SPM, subjek Kimia, Fizik dalam Bahasa Melayu.......still saya masih tak faham

Dek dek lagi pada 2004, our batch was the 1st to take STPM in English........Physics and Chemistry pun saya tak paham.........

Bagi sayalah, kualiti pengajaran adalah amat penting.....bukannya Lughat.

Berdasarkan pengalaman saya di St Thomas selama 3 minggu, seorang cikgu, Cikgu Eng beranggapan lebih mudah lagi jika Subjek2 tersebut diajar dalam Bahasa Mandarin kerana ramai yang mengambil STPM dalam aliran Sains adalah daripada bangsa Cina.

Sekali lagi, pada hemat saya....language is not important but understanding is very crucial.