Rafidah: Sudah-Sudah Lah Tu...

Saya hairan dan runsing apabila mengikuti drama yang sedang berlangsung di dalam pergerakan Wanita UMNO sekarang. Terus-terang saya nyatakan, bahawa saya tidak dapat menerima pelan peralihan kepimpinan Wanita UMNO yang didalangi oleh Tan Sri Rafidah Aziz. Apakah yang mendesak Tan Sri Rafidah kekal berhati batu untuk mewariskan jawatan Ketua Wanita UMNO kepada Dato' Seri Shahrizat Jalil hanya selepas tiga bulan daripada peralihan besar-besaran yang berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Mac? Kenapa Tan Sri Rafidah terdesak untuk menjadikan Dato' Seri Shahrizat hanya sebagai Pemangku Ketua Wanita?

Dato' Seri Shahrizat terlalu berhati-hati di dalam soal ini. Saya percaya ia bukannya keputusan yang mudah buat Dato' Seri Shahrizat, namun Dato' Seri Shahrizat perlu juga memahami mesej yan disampaikan oleh akar umbi UMNO yang terang-terangan melayakkan Dato' Seri Shahrizat untuk bertanding jawatan Ketua Wanita sekalipun sudah diputuskan di dalam Mesyuarat Wanita UMNO untuk tidak mengadakan sebarang pertandingan menentang Tan Sri Rafidah.

Saya lebih hormat pada ketegasan Datuk Kamilia yang menunjukkan karisma kepimpinan wanita yang amat diperlukan oleh UMNO ketika ini. Datuk Kamilia punya hujahan yang kuat untuk mengenepikan keputusan Mesyuarat Wanita UMNO berhubung dengan pelan peralihan kepimpinan Wanita UMNO. Datuk Kamilia menyedari hasrat akar umbi UMNO daripada kalangan wanita yang mahukan perubahan di dalam pergerakan itu.

Tan Sri Rafidah perlu bersikap matang dan rasional. Setelah bertahun-tahun memimpin Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah perlu menerima hakikat bahawa akhirnya Tan Sri Rafidah perlu berundur. Namun, persoalan ini perlu dijawab oleh Tan Sri Rafidah, samada mahu berundur atau diundurkan?

Comments

Anonymous said…
baca je tulisan ko mengingatkan ana tentang presiden pkpim.

sudah-sudah lah tu. undurlah.

anda telahpun gagal.

rafidah+pak lah= hilmi ramli (pres pkpim)
Anonymous said…
Salam.
Sdr khairul anwar, saya kira ada usaha 'mengadu-domba' tatkala melihat nama & url blog saya disalahguna di blog sdr oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

harapnya pihak sdr boleh berhati-hati dengan pihak ini.

wassalam.

adihamka
salam.

Saudara adihamka, bersama kita doakan diselamatkan daripada pihak-pihak dayus sebegini. Terima kasih atas makluman saudara.

anwarshazali