Pentadbir Institusi Islam Perlu Buka Mata dan Minda!

Sudah beberapa kali saya berasa kecewa terhadap pentadbiran hal ehwal Islam apabila berurusan dengan institusi-institusi Islam di Malaysia. Permasalahan yang kerap berlaku adalah corak faham dan dan penghayatan pentadbir-pentadbir institusi Islam terhadap Islam. Secara jelas saya melihat akan fahaman dan penghayatan rigid sehingga mengakibatkan orang bukan Islam salah faham dan berlaku serong terhadap Islam.

Sebagai contoh apabila saya terlibat di dalam sebuah program antarabangsa yang melibatkan belia-belia daripada negara-negara luar. salah satu acaranya adalah lawatan ke rumah-rumah ibadat agama-agama yang ada di Malaysia. Kami melawat Kuil Hindu, Kuil Buddha, Gereja dan akhir sekali Masjid. Kami mendapat sambutan dan layanan yang cukup baik serta penerangan tentang agama dan ibadat yang dijalankan di rumah-rumah ibadat tersebut.

Namun, apabila tiba di Masjid, tidak seorang pun pegawai masjid yang menanti apatah lagi menyambut kehadiran kami. Yang menyambut kami adalah pegawai-pegawai keselamatan yang tidak kenal erti senyum. Sedangkan sudah ada janji temu yang diatur dengan pihak masjid memaklumkan kehadiran kami. Apabila dihubungi, alasan yang diberikan adalah masa pejabat telah tamat! Saya cukup kecewa dan malu.

Baru-baru ini juga terlibat di dalam penganjuran solat hajar perdana mahasiswa dan pelajar Islam di sebuah masjid. Pada saat-saat akhir, dewan yang seharusnya menjadi tempat penganjuran program tersebut ditarik balik atas alasan pihak lain yang lebih berkuasa ingin menggunakannya untuk raptai program mereka!

Ok. program kami dipindahkan ke dewan solat. Masalah lain pula yang timbul apabila pegawai bertugas tidak membenarkan alat pembesar suara dipasangkan apabila persembahan multimedia yang memaparkan penyeksaan Israel terhadap Palestin melibatkan suara-suara yang meraung kesakitan dan bunyi-bunyi bom yang menggamitkan. Atas alasan kerana tidak mahu membuat bising di dalam dean solat tempat bersolat!

Malam itu, seharusnya ada persembahan lagu puisi yang diiringi dengan mainan gitar. Tetapi pegawai bertugas melarang dengan alasan main gitar adalah haram lebih-lebih lagi di dalam masjid!

Saya amat marah dan kecewa dengan sikap yang ditunjukkan seperti ini. Apakah yang sebenarnya ingin ditonjolkan oleh mereka terhadap umum? Islam itu rigid? Islam itu kolot? Islam itu garang?
3 comments