Antenna Baru

Mana antenna baru?
Aku tempah hari itu,
Sudah lama TV rumahku biol haru biru.

Aku perlu antenna baru,
Rosak amat TVku,
Dibiar lama berotak palsu, berfikir kelabu,
Semagat kosong tanpa tuju.

Antenna baru,
Aku perlu buat ganti,
Buat TVku berfungsi kembali,
Supaya mencapai jauh lagi,
Agar otak fikirnya kembali ligat,
Buat input semangat,
Bukan seperti TVku yang usang kini.

Antenna baru,
Cepat beri padaku,
Kongsi tidak mahu,
Kerana aku perlu buat diriku,
TVku kian lama kian kelabu,
Khuatir nanti langsung hitam membisu.

Antenna baru,
TVku amat perlu,
Kalau sesiapa mahu tunjuk padaku,
Di mana boleh aku beli satu,
Tidak pun hadiahi sahaja aku,
TVku jangan sampai karat,
Rugi buat umat.

Aku mahu antenna baru...



anwarshazali,
Semariang, 18 Mac 2009
2 comments