Di Mana Untung Tanpa Rugi?
Saya teringat akan buku Amir Shakib Arslan bertajuk "Our Decline: Its Causes and Remedies". Di dalam buku tersebut beliau membandingkan negara-negara Islam hari ini yang ketinggalan jauh ke belakang berbanding dengan negara-negara Barat.
Antara sebab yang beliau nyatakan adalah negara-negara Barat berhak ke atas apa yang mereka kecapi kerana pengorbanan yang telah mereka lakukan di masa lepas. Lihat sahaja Amerika yang suatu ketika dahulu dilanda Perang Saudara yang amat buruk hampir-hampir sahaja memecahkan Amerika menjadi dua negara berasingan. Jerman yang dilanyak lumat oleh tentera bersekutu di dalam Perang Dunia Pertama tetapi bangkit dengan laju selepas itu. Jepun pula mungkin tidak termasuk di dalam kategori negara barat tetapi melihatkan keupayaan Jepun maju mendadak pasca bom atom yang menimpa Hiroshima dan Nagasaki. Mereka bangkit dari runtuhan kota-kota dengan keazaman yang tidak dapat dibendung.
Saya berfikir, adakah perlu untuk kita mengharungi pengalaman yang sebegitu dasyat untuk mengecapi kedamaian kalau bukan pun dari sudut nilai tetapi mungkin dari sudut material. Tesis yang dibentangkan oleh Amir Shakib Arslan nampaknya menjurus ke arah pandangan begitu. Apa sahaja pengorbanan yang telah negara-negara Islam lakukan di dalam tempoh abad terbaru ini untuk melayakkan kita mengecapi ketinggian hak dan maruah? Di awal abad ini kita berperang sesama sendiri menyelesaikan masalah dalaman perebutan takhta, kepentingan dan lain-lain. Dan kita berterusan demikian sehingga kini. Saya ingat di dalam otak fikir negara-negara Islam kini hanya tentang diri kita dan hanya kita sahaja. Kita melenting apabila dijentik, merungut apabila dimaki dan merajuk apabila ditegur.
Kita lebih gemar untuk beroleh manisnya untung tanpa merasa pahitnya rugi terlebih dahulu. Mencari jalan pintas untuk segala-galanya. Untuk ke angkasa, biarlah menumpang platform pelepasan roket negara asing, asalkan Jalur Gemilang dikibar di angkasa.
Walau bagaimana kayanya kita (tanpa kita sedari), negara-negara Islam lebih suka mengikut telunjuk yang lebih berkuasa (sedangkan yang berkuasa sebenarnya takut kepada kita). Negara-negara Arab contohnya, punya sumber asli yang cukup berharga. Dengan minyak seharusnya mereka sedar bahawa mereka boleh mengawal dunia. Tetapi kenapa tidak? Apa yang mereka takut pada Amerika? Apa yang mereka takut pada Israel? Apa yang mereka takut pada Britain?
Takut kepentingan pemimpin-pemimpin negara terjejas mungkin. Mungkin bukan salah rakyatnya.

Comments