Masalah Dalam Muslimin dan Di Mana Perubahan Bermula?
Semalam (Khamis, 9 April), saya berkesempatan menziarahi Ustaz Awang Pon Awang Sebon, mantan Ketua Hakim Syari'e Negeri Sarawak. Saya bersama rakan-rakan, Abdul Muntaqim, Azrul dan Mariati, sekereta pergi membawa harapan dan balik dengan impian. Pertemuan yang biar hanya sebentar dengan Ustaz memberi kesegaran untuk terus komited dan konsisten di dalam jalan yang saya pilih untuk hidup ini. Saya nekad untuk segera kembali ke tanah air yang harus saya tumpahkan budi dan jasa biarpun tidak ditagih.
Di dalam dialog kami bertiga bersama Ustaz, banyak isu yang dibicarakan. Saya kongsikan seperkara yang saya nilaikan cukup penting dan utama untuk kita koreksi diri dan umat ini. Tersentak di hati saya apakala Ustaz menyebutkan bahawa masalah dalaman umat Islam hari ini yang sebenarnya menjadi benteng penghalang kepada ketinggian Islam di dunia. Bukan tidak pernah saya dengar sebelum ini, tetapi entah apabila Ustaz yang menyatakannya, seolah Ustaz menyalakan llin yang sedang terpadam.
Suka atau tidak, sifat dan sikap yang membentuk watak Muslim hari ini secara individu telah turut mencorak watak umat Islam secara seluruhnya. Natijahnya, Islam sebagai agama yang dianuti oleh umat ini menerima tempiasnya. Saya ingat di dalam salah satu ceramah yang pernah saya ikuti menceritakan pengalaman Ben Nabi di dalam pengembaraannya menilaikan betapa beliau melihat ramainya orang Islam di Eropah berbanding negara-negara yang majoritinya adalah Muslim. Bukan kerana jumlah tetapi kerana nilai -nilai Islam yang lebih tampak di kalangan penduduk di Eropah berbanding Muslim sendiri di negara-negara mereka.
Saya yakin dan percaya, Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas di dalam buku yang beliau karang puluhan tahun sebelum ini, Risalah Untuk Kaum Muslimin telah pun mendedahkan permasalahan dalaman yang membarah di dalam umat Islam. Beliau turut menggariskan nasihat-nasihat sebagai pedoman buat umat Islam di dalam mendepani masalah dalaman ini.
Saya merasakan perubahan watak umat Islam ini semakin sukar dilakukan. Kerana kegagalan kita untuk sedar permasalahan ini di awal masa sekalipun sudah diperingatkan oleh ramai tokoh-tokoh intelektual sebelum ini. Tambahan pula dengan serangan demi serangan dalam pemikiran yang semakin mengancam pemikiran Islam yang benar tatkala kita semakin ketandusan golongan pemimpin yang mampu meneraju kita untuk keluar daripada kesekataan atau mungkin keruntuhan hari ini. Vicious Circle yang dinyatakan oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas membenarkan hal ini. The False Leader yang sedang memimpin kita hari ini hanya akan melahirkan lebih ramai lagi selayak mereka dengan memacu kita ke hala yang salah dan hanya akan menambah-burukkan lagi keadaan confusion and error in knowledge dengan autoriti yang mereka kuasai (media, legislatif, dll.) Tidak hairanlah hari ini kita dengar pelbagai kerosakan sosisal yang dilaporkan yang akhirnya dapat disimpulkan kerana loss of adab yang dihidapi generasi muda.
Nah, kepada siapa lagi kita harus berpegang? Di mana pemulanya? Dari atas (kekuasaan) atau dari bawah (kesedaran)?
Saya hampir tidak percaya bahawa dengan menukar tampuk kekuasaan mampu untuk merubah watak umat Islam hari ini. Kerana saya tidak lihat (sekurang-kurangnya pada mata saya) adanya pemimpin yang sekalipun tidak suci, tetapi mempunyai pemikiran yang berprinsip benar dan bersemangat tulen untuk memimpin perubahan yang dicitakan. Saya membayangkan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih tampuk kepimpinan Malaysia, adakah watak rakyat sebegini akan berubah? dan apa akan jadi sekiranya kemudiaannya BN berjaya merampas kembali tampuk kepimpinan Malaysia? Bukankah kita terus menerus dilanda badai politik yang tidak kunjung sudah? Lihat sahaja Thailand, negara jiran kita. Rakyat terus menerus di dalam kecelaruan dan pemenang PRU didasarkan kepada persepsi rakyat yang dicipta oleh pemain politik. Siapa yang berjaya membentuk majoriti persepsi rakyat, maka dia akan menang.
Kerana itu (tanpa menidakkan kepentingan perubahan dari atas), saya lebih yakin dan percaya bahawa perubahan watak umat Islam harus bermula daripada bawah dan lebih spesifik lagi bermula daripada diri sendiri. Hanya dengan cara ini, perubahan yang dicipta kemudiannya akan kekal kerana didasari dengan kesedaran dan keinsafan. Pemerhatian melalui pengkajian yang kritis terhadap sejarah Islam yang mengkhususkan kepada Imam al-Ghazali oleh Dr. Majid Irsan Kilani di dalam bukunya Kebangkitan Generasi Salehuddin dan Kembalinya Jurusalem ke Pangkuan Islam adalah satu penilaian yang menarik.
Imam al-Ghazali yang muak dengan fenomena politik dan perpecahan mazhab umat Islam ketika itu melepaskan jawatannya di Madrasah Nidzamiyah untuk mengkoreksi dirinya. Tetapi Imam al-Ghazali sebenarnya telah turut mengkoreksi umat Islam ketika itu. Keluarnya Imam al-Ghazali daripada tempoh uzlahnya telah membawa dasar-dasar yang segar melalui pengenalan pola-pola fikir yang baru di dalam menilai dan mengamalkan konsp-konsep kehidupan untuk panduan umat Islam ketika itu. Permulaan perubahan watak umat Islam yang dirintis oleh Imam al-Ghazali sekalipun tidak sempat disaksikan oleh dirinya sendiri, telah melahirkan tokoh-tokoh Muslim yang tidak sedikit dengan berpewatakan Islam yang tulen dan benar seperti Shaikh Abdul Qadir al-Jilani dan tentunya Sultan Salehuddin al-Ayyubi.
Lihat sahaja betapa jauh masa yang diambil untuk melihat hasil perubahan watak pada umat Islam, dan perubahan itu membentuk watak umat Islam perdana yang kekal untuk ratusan tahun. Pokoknya perubahan supaya confusion and error in Knowledge dapat diperbetulkan. Oleh siapa? Saya percaya oleh saki baki umat Islam hari ini (samada daripada golongan aristokrat, teknokrat, karporat mahupun daripada rakyat jelata yang hanya hidup berkais pagi petang) yang sedar dan insaf dan meninggalkan terus apa-apa kepentingan duniawi yang boleh, patut, akan atau mungkin diterimanya. Contohilah Imam al-Ghazali.

Comments
Wallahua'lam.