Selasa, September 21, 2010

Dunia Ibarat Air Laut...

 Sedang saya dan isteri berkemas-kemas untuk ke pejabat pagi tadi, saya teringat bait lagu  "Antara Dua Cinta" oleh kumpulan nasyid Raihan. Terus saya dendangkan bait lagu itu dan disambung isteri saya.

"Dunia ibarat air laut, diminum hanya menambah haus"
- RAIHAN kata-

Saya cakap kat isteri saya, "betul laut ni air memang boleh minum, tapi tak hilang dahaga pun. Betul dunia ni nikmat tapi tak puas-puas pun bila dah dapat".

Bukan hanya sebab saya pernah terminum air laut masa mandi laut. Tapi saya memang pernah minum laut sebab betul-betul haus. Masa tu baru turun dari Gunung Santubong tahun 1998. Air kosong semua dah habis. Jumpa air laut memang tak fikir lagi dah. Takung air guna tangan, sluurrpp... minum. Tak cukup, saya takung lagi, sluurrpp... minum. Masih tak cukup, saya takung lagi, sluurrpp... minum. 

Banyak mana pun saya minum memang tak akan hilang pun haus. Yang kita rasa nak takung dan minum lagi tu sebab nikmat masa air tu melalui tekak. Bila dah lalu tekak, nikmat tu hilang. Nikmat sekejap tapi haus tak hilang. Tapi kita masih rasa nak minum sebab nak rasa air tu nikmat lalu tekak walaupun dah tau memang tak hilang haus pun, malah makin bertambah haus. 

Dunia ni memang nikmat. Kalau betul cara, memang boleh dapat harta melimpah ruah dan  pangkat berjela-jela. Tapi bila dah dapat semua tu, ingat puas ka? Mesti nak lagi punya, sebab sentiasa rasa tak cukup. Dah dapat memang rasa nikmat, tapi sekejap ja. Lepas satu-satu masa, kita nak yang baru, yang lebih hebat dan yang lebih kuasa. Nak kejar dunia ni memang tak kan ada had, nak tunjuk betapa besar nikmat Tuhan bentang kat dunia. Kita makin haus kat dunia, walau banyak mana pun dunia ni kita telan.

Tapi, kita dah tahu. Kita dah tahu kalau kejar dunia memang tak akan rasa puas, mesti nak lagi. Kita dah tahu kalau kejar dunia ni, nikmat sekejap ja, sebab nanti mati bukan boleh bawak masuk kubur pun. Kita dah tahu kalau kejar dunia ni, akhirat nanti bangkit balik bukan dapat megah pun dengan dunia yang kita kejar.

Kita dah tahu. Tapi apa? Kita tahu semua itu, TAPI KITA NAK JUGAK. Sebab kita masih tak faham makna dunia, kita masih tak faham makna akhirat. Kejar dunia, kita makin haus. Sudah ka kita cuba kejar akhirat, kita tengok apa jadi...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...