Sampaikan Salamku Pada Baginda

Wahai guru yang mulia,
Sampaikan salamku pada baginda,
Kala dirimu hadir pada baginda,
Ku titip ucapan salam kasih dan cinta,
Dari kejauhan lautan dan benua.

Wahai guru yang mulia,
Sampaikan salamku pada baginda,
Diriku yang penuh noda dosa,
Jauh amat dari sunnah baginda,
Bertawassul aku padamu,
Untuk dekat pada baginda,

Wahai guru yang mulia
Sampaikan salamku pada baginda,
Katakanku mohon menatap sosok wajah baginda,
Katakanku mohon mengucup tangan baginda,
Katakanku mohon diterangi dengan cahaya baginda.

Wahai guru yang mulia,
Sampaikan salamku pada baginda,
Cahaya atas cahaya,
Rahmat segala rahmat,
Syafaat yang memberkati alam semesta.

Wahai guru yang mulia,
Sampaikan salamku pada baginda,
Tunjukilah aku akan jalan nyata,
Membawaku pada baginda,
Dan pada Yang Empunya baginda.



K. Anwar Shazali
31/3/11
Post a Comment