Aku Ada...
Aku ada dendam sengketa
Yang aku disuruh untuk melemaskannya
Dengan kemaafan dan ukhuwwah
Aku ada kebencian
Yang aku disuruh untuk mengubatnya
Dengan kasih sayang dan cinta
Aku ada syak wasangka
Yang aku disuruh untuk menghilangkannya
Dengan sangka baik dan lapang dada
Aku ada sifat keakuan
Yang aku disuruh untuk menghapuskannya
Dengan rendah diri dan taqwa
Aku ada hawa nafsu liar
Yang aku disuruh untuk menundukkannya
Dengan mujahadah dan berpuasa
Aku ada lidah sering berdusta
Yang aku disuruh untuk membiasakannya
Dengan zikrullah & selawat ke atas baginda
Aku penuh kejahilan dan kehinaan
Yang aku disuruh untuk keluar daripadanya
Dengan menuntu ilmu dan memeluk Islam sepenuhnya
K. Anwar S.
Kpg. Sebat, Sematan
31 Julai 2011
Comments