Bila Kancil Cuba Bicara Kala Gajah Cuba Mendengar
Hari jemputan menyampaikan tazkirah di masjid itu makin dekat. Saya makin gemuruh. Lebih-lebih lagi bila maklumat yang sampai; ramai di kalangan penyampai-penyampai tazkirah di masjid itu, bukan calang-calang orangnya. Ada juga di kalangan mereka yang saya anggap guru tempat saya menadah ilmu. Saya makin gemuruh.
Dengan bekal ilmu yang jauh dari cukup. Dengan usia pengalaman yang masih setahun jagung. Dengan karektor watak yang tentu menimbul ragu. Saya makin gemuruh menanti hari jemputan itu.
Ramadhan kali ini berasa rugi kerana enjin mula panas kala Syawal sudah pun di muka pintu. Orang buat pahala, saya buat dosa. Orang buat amal, saya kerja sia-sia. Orang berjaga malam bekerja untuk ampunan, rahmat dan pelepasan neraka, saya buat apa?
Saya makin gemuruh. Di depan gajah-gajah yang membuka seluas telinga mereka mendengar bicara apa yang akan si kancil ini sampaikan. Pada Allah saya sandarkan segala ilmu pengetahuan.

Comments