Siapa Tak Mahu Hudud?
Polemik perlaksanaan hukuman hudud timbul lagi. Orang kata ini mainan politik PAS sebab nak tarik sentimen masyarakat Islam kepada mereka menjelang PRU13. PAS pulak kata, mereka yang buat tuduhan itulah yang sebenarnya main politik. Mereka ini memang, suka sangat main-main politik main-main.
Siapa orang Islam yang tak mahu hudud? Kalau berani angkatlah tangan. Saya tak kisah politikus Malaysia nak cakap apa. Mereka akan dipertanggungjawabkan atas apa yang mereka katakan. Yang pasti, hukuman hudud bukan untuk mainan politik. Ia adalah hak Allah yang melibatkan kepentingan masyarakat.
Hudud Sepintas Lalu
Hudud adalah hukuman-hukuman dengan kadar yang telah ditentukan oleh syara' untuk kesalahan-kesalahan yang juga telah ditentukan oleh syara'. Mazhab-mazhab berbeza dalam menentukan kesalahan-kesalahan yang dihukum dengan hudud. Namun, sebagai memenuhi objektif perbincangan kita di sini, disenaraikan yang disepakati oleh Mazhab Syafi'ie;
- Persetubuhan luar nikah (zina)
- Tuduhan berzina (qazaf)
- Minum minuman memabukkan (shurb al-khamr)
- Mencuri (sariqah)
- Merompak (hirabah)
- Keluar daripada agama Islam (riddah)
Hukuman hudud cuma salah satu daripada hukuman yang tersedia dalam Islam selain daripada hukuman Qisas dan Takzir. Sesiapa yang melakukan kesalahan yang enam seperti di atas dihukum dengan hudud. Sesiapa yang melakukan kesalahan (membunuh/mencederakan/seumpamanya) terhadap manusia akan dihukum dengan Qisas. Sesiapa yang melakukan kesalahan selain daripada yang termasuk dalam kategori Hudud dan Qisas akan dihukum dengan Takzir. Dan hukuman-hukuman ini adalah untuk semua pesalah samada Islam mahupun tidak dalam sesebuah Negara Islam. (terdapat perbahasan di kalangan para ulama' tentang aplikasinya terhadap bukan Islam).
Kalau lihat pada kulit, memang hukuman hudud nampak berat. Tambah lagi, mata kita yang melihat dengan nafsu bukan dengan ilmu. Kita biasa dengar pepatah, "mencegah lebih baik baik dari mengubati". Nah, inilah hukuman tepat. Kalau belajar tentang perundangan Islam, bukan senang nak buktikan kesalahan hudud di mahkamah. Tapi kalau dah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman, biar jadi pendidikan untuk yang lain. Inilah langkah pencegahan untuk elak gejala sosial.
Hudud di Malaysia

Bukan senang nak kuatkuasakan hukuman Hudud dengan sikon sosio-politik Malaysia sekarang. Malaysia dihuni oleh majoriti masyarakat Islam, tapi bukan semuanya yang benar-benar Islam. Malah ada yang Islam tapi memperlecehkan syariat Allah s.w.t. contohnya hukuman hudud inilah. Lagipun margin perbezaan golongan majoriti dan minoriti di Malaysia tidaklah besar sangat. Tambah lagi dengan masyarakat minoriti pula punya suara yang bukan kecil.
"in time of democracy, everyone will claim for their rights... only those
who are in power & who speak the loudest will win... those who kept
silent will lose even if they represent majority"
-saya kata-
Sebab itulah timbul polemik hukuman hudud ini. Tambah lagi dengan latar sejarah perundangan Malaysia yang unik dan kompleks. Saya tidak rasa Kelantan dapat secara berseorangan menguatkuasakan hukuman hudud melalui DUN Kelantan. Tanpa restu Parlimen, keabsahan hukuman hudud akan terus dipertikai dan didebatkan. Kesian pesalah menunggu politikus, akademia perundangan, para hakim dan peguam berdebat. Sampai ke sudahnya pesalah menunggu. Adilkah untuk pesalah sekiranya jadi begitu?
Isu-isu perundangan yang dibangkitkan oleh Majlis Peguam bukan hujah remeh. Sebab ia berpaksi kepada prinsip demokrasi dan perlembagaan persekutuan yang kita warisi dan ciplak daripada penjajah dan Barat. Memang bukan mudah, tapi bukan mustahil. Kalau ada kehendak politik yang kuat, semua ini boleh jadi realiti. Pokoknya nak atau tak nak? Buat atau tak buat?

Kenapa Bukan Islam Tak Mahu Hudud?
Saya ingat ini soalan penting. Sekalipun alasan bukan Islam yang tampak menolak hudud kerana prinsip demokrasi dan perlembagaan persekutuan, saya tidak fikir ini sebab-sebab utama.
Prinsip demokrasi yang kita pertahankan sangat di Malaysia hari ini pun telah melalu proses kematangan yang bukan sekejap untuk disesuaikan dengan sikon sosio-politik di sini. Satu yang perlu diingat, TIADA DEMOKRASI MUTLAK. Nak ikut sangat bapak demokrasi (Amerika Syarikat), ikutilah perkembangan mereka dan akan nampak pada kita bapak demokrasi yang ini pun tak berapa nak demokrasi.
Perlembagaan persekutuan yang kita junjung itu pun tidak lari daripada kelemahan. Dah namanya buatan manusia, memang tak akan sempurna. Sebab itu dah banyak kali perlembagaan persekutuan dipinda untuk disesuaikan dengan kehendak semasa Malaysia.

Jadi, apa sebenarnya sebab-sebab utama bukan Islam menolak hudud? Saya ingat, jawapan yang paling tepat adalah Fobia Islam. Bukan Islam begitu prejudis terhadap Islam kerana tidak dicerahkan atau mengelak untuk dicerahkan tentang Islam. Bukan Islam lebih senang untuk menganut faham sekular dengan memisahkan kehidupan bernegara daripada dogma agama sekalipun agama-agama mereka sendiri.
Fobia Islam ini menjadikan bukan Islam begitu gentar dengan Perundangan Islam yang dilihat seumpama neraka. Potong tangan, rejam, sula, salib dan lain-lain hukuman hudud menjadikan bukan Islam begitu takut terhadap Islam kerana tidak disertai dengan objektif perundangan Islam sendiri.
Tak nafi, ada jugak golongan bukan Islam yang fobia Islam sebab khuatir kedudukan agama-agama mereka terjejas. Ya lah, mereka kan sibuk nak murtadkan orang Islam. Ada jugak orang Islam yang suka dimurtadkan. Ini tak payah tunggu hudud, Artikel 11 (1) dan (4) Perlembagaan Persekutuan dah cukup untuk halang.

Hukuman Hudud atau Negara Islam Dahulu?
Sahibus Samahah Tan Sri Dr. Harussani Zakaria, Mufti Perak membangkitkan satu kenyataan menarik apabila polemik hukuman hudud ini timbul lagi. Beliau menyarankan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum hukuman hudud dilaksanakan. Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan seperti yang termaktub dalam Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan pun sebenarnya belum cukup kukuh. Badan Kehakiman, Perundangan dan Eksekutifdi Malaysia lebih suka mengambil sikap tunggu, lihat dan senyap apabila berhadapan dengan isu-isu Malaysia sebagai negara Islam.
Badan kehakiman memberikan definasi yang pelbagai tentang Islam sebagai agama persekutuan menjadikan hal ini didebatkan tanpa kunjung sudah. Badan eksekutif dan perundangan pula amat berhati-hati dalam membuat sebarang perisytiharan sah dan rasmi Malaysia sebagai negara Islam kerana mengambil pertimbangan sikon sosio-politik Malaysia. Cuma Tun Dr. Mahathir sewaktu menjawat Perdana Menteri Malaysia pernah mengumumkan Malaysia sebagai negara Islam walaupun seolah melepas batuk di tangga kerana asakan PAS ketika itu.
Dengan kerapuhan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, penguatkuasaaan hukuman hudud tanpa kesediaan Malaysia menerimanya hanya akan menambah kusut. Saya ingat, bukan hanya kedudukan Islam yang perlu dikukuhkan. Kesedaran dan kefahaman semua warganegara Malaysia tentang Islam perlu digerakkan. Kalim Siddqui dalam bukunya "Stages of Islamic Revolution" meletakkan pra-syarat sesebuah revolusi ke aras yang lebih Islami adalah ilmu iaitu sedar dan faham akannya.
Jadi PAS nak jugak kuatkuasakan hukman hudud. Saya rasa, PAS sedar dan insaf akan mehnah dan tribulasi perjuangan hukuman hudud ini. Saya pun ingat, elok jugak kalau PAS nak buat di Kelantan untuk orang Islam sahaja. Bak kata Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan dalam catatan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, biar Kelantan kuatkuasakan hukuman hudud, negeri-negeri lain tunggu dan lihat. Kalau baik dan berjaya, bolehlah dicontohi.
Apa Yang Penting?
Siapa yang tak mahu hudud? Saya orang Islam. Tentu pasti saya mahu perundangan Islam dikuatkuasakan. Tapi, saya ingat ada keutamaan lain sebelum kegopohan kita nak menguatkuasakan hukuman hudud ini membawa kepada fitnah yang lebih besar terhadap Islam. Islam adalah agama keadilan. Hukuman hudud adalah salah satu cara untuk tegakkan keadilan, tapi keadilan bukan dilihat di sudut itu sahaja. Bersediakah sistem kehakiman dua aliran di Malaysia hari ini menguatkuasakan hukuman hudud? Bersediakah masyarakat Islam dan bukan Islam melihat keadilan versi Islam (meletakkan sesuatu hak pada tempatnya dan bukannya kesamarataan) dikuatkuasakan di Malaysia?
Kerana itu, Malaysia dan seluruh warganya perlu dicerahkan tentang Islam. Sibuk kita membawa imej Islam kepada dunia kononnya nak hapus fobia Islam tapi di negara sendiri masyarakat Islam dan bukan Islam sama-sama fobia terhadap Islam. Malangnya, fobia Islam di Eropah dan Amerika menjadikan Islam sebagai agama yang paling pantas berkembang jumlah penganutnya. Fobia Islam di Malaysia ni pulak macam mana?
Badan-badan kehakiman, perundangan dan eksekutif perlu keluar daripada kepompong ketakutan apabila berdepan persoalan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Memang terdapat perbezaan pendapat. Tapi kalau perbezaan tidak dibawa ke meja rundingan, sampai bila pun tiada keputusan konkrit untuk ditaati. Definasi Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama persekutuan perlu diselesaikan segera. Jangan biarkan peguam mengambil tempat dalam masyarakat untuk memberikan definasi sendiri.
Perundangan Islam tak akan dapat dikuatkuasa kalau orang Islam tak bersatu. Ini fakta. PAS nak buat hudud di Kelantan memang amat perlu dengan UMNO. DAP, MCA, GERAKAN dan parti-parti lain walaupun tak sehaluan tapi bila berdepan dengan Islam, mereka sepakat. Kita bukan nak bawak demokrasi ala Barat dan Perlembagaan Persekutuan ini masuk kubur nanti. Sebelum mati, biarlah sudah sedia jawapan depan Allah s.w.t. apa usaha kita nak daulatkan agama-Nya di muka bumi ini.

Comments