Ramadhan Kareem!
Saya senyum sendirian ketika melalui bulatan keluar daripada Jalan Semariang melihat kerlipan lampu-lampu kecil menyusun ucapan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan" di bulatan itu. Terimbau suasana kegembiraan menyambut Ramadhan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pensyarah kami akan memulakan kuliah dengan senyuman dan mengucapkan "Ramadhan Kareem!" dan kami menyambut ucapannya dengan kegembiraan "Allahuakram!"
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (al-Baqarah : 183)
Telah sampai kita kepada satu
bulan yang dihamparkan pelbagai keberkatan di dalamnya. Sebagai peluang bagi kita
yang masih bernyawa untuk memanfaatkan bulan tersebut sebaik-baiknya.
Kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t. serta selawat ke atas baginda Rasulullah s.a.w. di atas
kesempatan yang direzekikan kepada kita untuk pertemuan buat sekian
kalinya dengan bulan Ramadhan al-Mubarak.
Bulan
ini telah dimuliakan ke atas bulan-bulan yang lain dengan kerana keutamaan dan kemuliaan baginda Rasulullah s.a.w. Telah bersabda baginda
Rasululullah s.a.w.;
"Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadhan, lima perkara yang tidak dikurniakan kepada seorang nabi pun sebelumku. Pertama, apabila awal malam bulan Ramadhan, Allah memandang kepada mereka. Sesiapa yang Allah memandang kepadanya, maka dia tidak akan diazab selama-tamanya. Kedua, bau mulut orang yang berpuasa, ketika petang lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Ketiga, para malaikat mengucapkan istighfar bagi mereka pada setiap siang dan malam Ramadhan. Keempat, Allah memerintahkan syurgaNya dengan firmanNya, "Bersiap sedia dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Hampir-hampirlah mereka akan berehat daripada kepenatan dunia dan berpindah ke negeri dan kemuliaanKu. Kelima, apabila akhir malam Ramadhan, diampunkan bagi mereka semua." (H.R. al-Baihaqi)
Tambah
pula dengan segala macam rahsia yang disembunyikan oleh Allah s.w.t. di
dalam Ramadhan ini untuk kita cari. Khususnya malam Lailatul Qadr yang
dihadiahkan oleh Allah s.w.t. kepada kita yang mana kemuliaannya lebih
baik daripada seribu bulan seperti mana yang difirmankan oleh Allah
s.w.t.;
Sekalipun begitu, tidaklah baginda Rasulullah s.a.w. mahu umat baginda melepaskan hadiah agung daripada Allah s.w.t.. Maka dikhabarkan kepada kita daripada Sayyidah Aisyah r.a. sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w.telah bersabda;
"Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan" (al-Qadr:3)Maka disembunyikan tarikh dan masa Lailatul Qadr daripada pengetahuan kita. Agar kita berusaha mencarinya sebagai menunjukkan kesungguhan untuk mendapatkan hadiah yang sekian besar nilainya yang telah disediakan oleh Allah s.w.t. kepada kita. Maka, kebodohan apakah pula yang melanda tatkala Tuhan menyediakan hadiah buat kita, dan kita menolaknya?
Sekalipun begitu, tidaklah baginda Rasulullah s.a.w. mahu umat baginda melepaskan hadiah agung daripada Allah s.w.t.. Maka dikhabarkan kepada kita daripada Sayyidah Aisyah r.a. sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w.telah bersabda;
“ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (H.R. al-Bukhori)
Ramadhan al-Mubarak yang kita dijanjikan dengan segala macam kebaikan sebagai
tebusan akan dosa noda yang telah kita lakukan. Telah bersabda baginda
Rasulullah s.a.w.;
Inilah peluang yang dihamparkan seluas-luasnya kepada kita untuk menyucikan diri daripada segala noda dan dosa yang telah mengotori hati dan jasad kita. Kita dijanjikan dengan keampunan akan dosa-dosa kita yang lalu dengan kita berpuasa dalam Ramadhan dengan keikhlasan dan keimanan;
"… bulan ini, awalnya ialah rahmat, pertengahannya ialah keampunan dan penghujungnya ialah pembebasan daripada azab neraka…" (H.R. Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqi dan Abu al-Syeikh Ibnu Hayyan)
Inilah peluang yang dihamparkan seluas-luasnya kepada kita untuk menyucikan diri daripada segala noda dan dosa yang telah mengotori hati dan jasad kita. Kita dijanjikan dengan keampunan akan dosa-dosa kita yang lalu dengan kita berpuasa dalam Ramadhan dengan keikhlasan dan keimanan;
"Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan baginya dosa yang telah lalu" (H.R. Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasa'ie, Malik, Ahmad dan Baihaqi)
Mengimarahkan
Ramadhan dengan sebaik mungkin dengan segala macam amalan sunat yang
mengiringi amalan yang telah difardhukan ke atas kita. Sesungguhnya
baginda Rasulullah s.a.w. telah bersabda;
"…Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan tersebut dengan satu jenis kebaikan, maka dia seolah-olah menunaikan satu kefardhuan pada bulan yang lain. Sesiapa yang menunaikan satu kefardhuan pada bulan terse but, maka dia seolah-olah menunaikan 70 kefardhuan pada bulan yang lain…"(H.R. Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqi dan Abu al-Syeikh Ibnu Hayyan)Maka hanya kejahilan sahaja yang menjadikan kita tergolong dalam golongan yang mempersiakan Ramadhan. Maka telah dianjurkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. kepada kita umatnya untuk diamalkan dengan sebanyak-banyak dalam Ramadhan;
"Hendaklah kalian memperbanyakkan pada bulan ini empat perkara: Dua perkara yang menyebabkan Tuhan kalian meredhai kalian dan dua perkara yang kalian amat perlukan. Dua perkara yang menyebabkan Tuhan kalian meredhai kalian ialah penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sentiasa memohon keampunanNya. Manakala dua perkara yang kalian perlukan ialah kalian memohon syurga kepada Allah dan berlindung denganNya dari neraka…" (H.R. Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqi dan Abu al-Syeikh Ibnu Hayyan)
Dalam kesempatan yang terluang ini, saya memohon maaf atas segala salah silap saya terhadap para sahabat pembaca. Sekalipun dijanjikan oleh Allah s.w.t. akan keampunan di bulan Ramadhan, namun salah silap terhadap sesama manusia haruslah dimaafkan oleh sesama manusia sendiri. Sempena Ramadhan al-Ijabah ini, saya pohon doa kebaikan untuk saya dan keluarga daripada para sahabat pembaca yang dimuliakan.
Selamat Menyambut dan Mengimarah Ramadhan al-Mubarak! Semoga Ramadhan pada kali ini memberi makna dalam kehidupan kita. Hidupkanlah diri dengan amal sebanyak-banyaknya di bulan yang dimuliakan ini dan hidupkanlah sekeliling kita dengan bi'ah sesuai dengan kemuliaan Ramadhan. Bersamalah kita memuliakan Ramadhan dengan memberikan penghormatan yang selayaknya buat bulan keberkatan ini. Saya menyeru diri yang faqir ini serta para sahabat pembaca untuk menjadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah muhasabah untuk kita semua dalam mendepani kehidupan hari muka.
* digubah daripada penulisan asal bertajuk Ahlan Ya Ramadhan! pada 10 Ogos 2010.

Comments