Innocence of Muslims Bukan Suatu Yang Baru
Dunia Muslim kecoh apabila filem "Innocence of Muslims" diterbitkan oleh Nakoula Basseley Nakoula bersama sekumpulan individu atas nama hak asasi manusia. Protes tumbuh di merata-rata tempat. Ia perlahan-lahan dan dalam banyak keadaan tidak mengambil masa yang lama pun untuk menjadi sebuah demonstrasi.
Seperti mana-mana demonstrasi, ia pastinya kalau tidak semua pun sebahagiannya dipenuhi oleh demonstran yang marah-marah. Dan akhirnya bukan menjadikan keadaan lebih baik malah menambah keburukan yang sudah sedia ada. Sedang Islam seharusnya duduk di kerusi "mangsa jenayah" dengan penerbitan filem tersebut sebaliknya duduk di kerusi "penjenayah" disebabkan ucapan dan tindakan balas daripada kita yang melampau. Daripada dapat simpati, kita pulak yang dibenci disebabkan ucapan dan tindakan balas kita.
Perlu diingat, filem tersebut diterbitkan dengan kos rendah dengan hasil yang tidak layak langsung digelar sebagai seni dalam perfileman. Tetapi lihatlah hari ini, betapa filem tersebut telah memberi impak yang amat besar kepada dunia khususnya kepada Muslim. Pasca penerbitan filem tersebut dan sehingga ke hari ini, siapa sebenarnya yang menjadi "pegawai pemasaran" yang mempromosi filem tersebut?
Saya memahami protes daripada Muslim atau mana-mana pemeluk Agama lain apabila hak beragama mereka dicabuli. Dalam isu ini, mesej filem tersebut telah menyimpulkan kehinaan kepada Sayyidina Muhammad s.a.w. Dan perlu difahami bahawa ia adalah suatu yang amat mengecewakan untuk terjadi dalam usaha kita mewujudkan sebuah kehidupan inter-agama yang rukun. Protes daripada Muslim adalah suatu yang wajar untuk menunjukkan sempadan hak asasi beragama. Malah ia adalah penunjukan ghirah kita terhadap Islam dan khususnya terhadap Sayyidina Muhammad s.a.w.
Namun di sebalik protes yang dunia Muslim sedang lakukan, harus kita imbau asas kepada protes kita. Protes yang meluas tidak menjamin keberhasilan maksud protes tersebut dianjurkan. Malah dalam banyak keadaan daripada kes-kes sebelum ini, protes-protes kita bersifat semberono tanpa punya kesan-kesan strategik yang membekas untuk masyrakat dunia. Jangan sampai protes kita rambang tanpa sebarang objektif yang sah untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik daripada sebelumnya.
Jangan ajar anak cucu kita menjadi pelampau dalam beragama. Sayyidina Muhammad s.a.w. mendidik kita menjadi umat yang berkasih sayang dan meneladani baginda sebagai rahmat untuk sekalian alam. Sayyidina Muhammad s.a.w. adalah bahagian yang terbaik dalam kehidupan kita dan kita berusaha untuk menjadi bahagian terbaik dalam kehidupan baginda. Maka jadilah sebaik-baik umat untuk sebaik-baik makhluk yang diciptakan. Wallahu'alam.
Hati-hati dengan ucapan anda |

1. ADAKAH MUSLIM TERHINA?
Kita Muslim sedih, marah dan kecewa bukan kerana diri kita yang dihina. Tetapi kerana Sayyidina Muhammad s.a.w. yang dihina. Perasaan kita dalam isu ini bukan berpaksi kepada diri kita. Bahkan paksi timbulnya perasaan marah kita adalah kerana ghirah kita terhadap Sayyidina Muhammad s.a.w.
Marah kita kerana subjek penghinaan tersebut adalah Sayyidina Muhammad s.a.w. Tiada paksaan dalam memeluk Islam sebagai addin. Maka, perbezaan Agama bukan asas untuk kita marah-marah. Tetapi perbezaan yang melahirkan ucapan dan tindakan yang mencabuli Agama lain bukanlah suatu yang dialu-alukan.
Biar apapun motif penerbitan filem tersebut, mesej yang terkandung dalam filem tersebut nyata menghina Sayyidina Muhammad s.a.w. dan Islam.
2. KENAPA KITA PROTES?
Kita membuat protes dengan bantahan terhadap penerbitan filem tersebut kerana ia tidak melambangkan prinsip hak asasi beragama yang sebenar. Hak seseorang tidak wujud dengan mencabuli hak orang lain.
Protes kita juga untuk memastikan supaya dunia tidak memahami Islam daripada ucapan dan tindakan segelintir individu samada Muslim atau tidak, yang tidak langsung mewakili dan menggambarkan Islam yang sebenar.
Kita turut membuat protes kerana penerbitan filem tersebut tidak memberikan sebarang kebaikan kepada sesiapa pun. Sebarang ucapan dan tindakan yang tidak membantu untuk mewujudkan kehidupan dunia dan akhirat yang lebih baik adalah tidak lebih daripada kesia-siaan.
Islam kita tidak sah tanpa penyaksian kerasulan Sayyidina Muhammad s.a.w. dan iman kita tidak sempurna tanpa kecintaan sepenuhnya kepada Sayyidina Muhammad s.a.w. Maka, apabila Sayyidina Muhammad s.a.w dihina, protes kita adalah untuk mempertahankan status Islam dan iman kita. Protes kita melambangkan ghirah kita kepada Sayyidina Muhammad s.a.w.
3. BAGAIMANA KITA PROTES?
Banyak cara protes yang lebih terhormat untuk menggambarkan ketinggian peradaban Islam. Api kebencian yang terbit daripada filem tersebut tidak dapat dipadam dengan kobaran api semangat Muslim yang diterjemahkan dalam bentuk yang melampau kerana kecintaan kepada Sayyidina Muhammad s.a.w.
Protes yang kita buat harus dilaksanakan dengan cara yang paling beradab. Cukup untuk menyampaikan mesej kita kepada pihak yang berkaitan untuk difahami dan diambil tindakan yang positif. Islam tidak mengajar kita menjadi seseorang yang biadab hatta kepada binatang dan tumbuhan sekalipun. Apatah lagi manusia.
Protes kita perlu keluar daripada kebiasaan. Berkumpul, mengangkat kain rentang dan poster, melaung-laung kata semangat dan yang seumpamanya adalah satu contoh yang sudah menjadi kebiasaan. Kita perlukan bentuk protes yang lebih memberi kesan dalam jangka masa panjang secara konsisten. Kenapa tidak kita hasilkan pula filem balas yang memaparkan kemuliaan Sayyidina Muhammad s.a.w. dan kesucian Islam sebagai addin yang fitrah?
Ini adalah salah satu contof protes yang menarik!
Dunia Muslim perlu keluar daripada jangkaan masyarakat dunia. Untuk itu, Muslim sendiri perlu berubah dan keluar daripada kebiasaan. Inisiatif baru perlu dilahirkan supaya mesej dan objektif kita dalam protes yang kita lakukan tidak hanya terhenti oleh masa.
Kita perlukan protes yang sifatnya berkesan jangka masa panjang melalui inisiatif yang konkrit supaya konsisten dalam sesuatu isu. Setiap lapisan dan golongan masyarakat dalam dunia Islam bertanggungjawab untuk memastikan supaya isu seumpama ini tidak berulang dengan kefahaman dunia yang sebenar tentang Islam.
4. APA JADI SELEPAS INI?
Ini bukan kali pertama Sayyidina Muhammad s.a.w. dihina. Dan bukan kali pertama juga dunia Muslim menjadi heboh-kecoh membuat protes terhadap pihak yang menghina Sayyidina Muhammad s.a.w. Malah tidak melampau untuk saya katakan dunia sudah menjangkakan terlebih awal reaksi Muslim apabila isu-isu seumpama ini berulang. Kita jangan jadi macam budak-budak kena sakat.
Kita harus bersedia lebih awal dengan kemungkinan bahawa penghinaan terhadap Sayyidina Muhammad s.a.w. dan Islam akan berulang lagi. Ia sesuatu yang hampir pasti. Maka, adakah berbaloi kita merosakkan harta benda awam, menyebabkan kecederaan dan kematian kepada orang, menyebarkan permusuhan dan kebencian terhadap agama lain dan bermacam lagi reaksi, tetapi akhirnya episod penghinaan Sayyidina Muhammad s.a.w. dan Islam berulang lagi?
Ya, pastinya tidak berbaloi. Objektif kita adalah supaya Islam dihormati dan Sayyidina Muhammad s.a.w. dimuliakan. Makanya, dalam tempoh masa senggang sebelum semua ini berulang lagi, kita wajib menjadi agen Muslim yang berkesan untuk diri sendiri, keluarga, jiran tetangga, masyarakat dan negara kita supaya imej Islam dapat disucikan daripada segala fitnah dunia.

Comments