PERINGATAN DARIPADA ALLAH SWT
Peringatan Allah SWT datang kepada kita melalui pelbagai cara. Ada daripada apa yang kita lihat. Ada juga daripada apa yang kita dengar. Malah ada juga daripada apa yang kita rasa.
Allah SWT boleh sampaikan peringatan-Nya kepada kita semasa kita sibuk atau lapang atau pada bila-bila masa sahaja. Semasa kita tidur pun Allah SWT boleh sampaikan peringatan-Nya apatah lagi semasa kita tengah jaga.
Bahkan peringatan Allah SWT yang khusus untuk kita tak semestinya berlaku secara langsung kepada kita. Mungkin berlaku kepada orang lain tetapi pengajarannya ditujukan khas untuk kita sebagai peringatan.
Itulah tanda betapa dekatnya Allah SWT dengan kita. Allah SWT tak pernah berhenti berkomunikasi dengan kita. Kasih dan cinta Allah SWT kepada kita tiada batasan. Akal kita mesti peka dan hati kita mesti cakna, sambutlah peringatan-peringatan daripada Allah SWT dengan balasan yang menandakan kesyukuran kita kepada-Nya.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Surah al-A'raaf : 179)
Comments