Takziah Pak Lah...


Penulis terkejut apabila dikhabarkan berita kembalinya Isteri Pak Lah, Datin Seri Endon ke rahmatullah 7.55 pagi tadi. Susah untuk menerima berita angin, penulis terus melayari internet untuk mengesahkan berita tersebut. Ternyata kebenarannya.

Tidak mampu untuk penulis nukilkan kata berbunga buat mengubati hati Pak Lah dan keluarga allahyarhamah. Mereka lebih merasai kehilangannya. Penulis hanya dapat mengucapkan takziah di atas pemergian allahyarhamah. Semoga rohnya diredhai Allah. Bersabarlah di atas ketentuan ini, kerana kematian itu memang suatu yang pasti bagi setiap benda yang bernyawa, cuma masa sahaja yang memisahkan. Al-Fatihah...
3 comments