Takziah Pak Lah...


Penulis terkejut apabila dikhabarkan berita kembalinya Isteri Pak Lah, Datin Seri Endon ke rahmatullah 7.55 pagi tadi. Susah untuk menerima berita angin, penulis terus melayari internet untuk mengesahkan berita tersebut. Ternyata kebenarannya.

Tidak mampu untuk penulis nukilkan kata berbunga buat mengubati hati Pak Lah dan keluarga allahyarhamah. Mereka lebih merasai kehilangannya. Penulis hanya dapat mengucapkan takziah di atas pemergian allahyarhamah. Semoga rohnya diredhai Allah. Bersabarlah di atas ketentuan ini, kerana kematian itu memang suatu yang pasti bagi setiap benda yang bernyawa, cuma masa sahaja yang memisahkan. Al-Fatihah...

Comments

TajamFikir said…
Assalamualaikum, sedekahkan al-fatihah,semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.
Anonymous said…
..tidak tsabit dari nabi mmbaca al-fatihah apb mendgr berita kematian..

.."Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-oran yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan inna lillah wa inna ilaihi raaji'uun? (2:155-156)..

..habis sume tv ngan radio baca qur'an smpi petang..
..'ulama salaf sepakat tak sampai pahala bacaan kpd si mati..
..wallahu 'alam..
salam...

Maafkan atas kelemahan diri dalam bab hadith. Namun, ana yakin dengan hujahan yang ibnufadhli (rakan yang ana kenal maju daripada rakan-rakan yang lain dalam mempelajari ilmu hadith) utarakan. Ana terima seadanya...

Marilah sama-sama kita ucapkan innalillahi wa innailaihi raji'un.