PKPIM KECAM REJIM ISRAEL DAN SEKUTUNYA

Utusan Malaysia


Berita Harian


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengecam sekeras-kerasnya operasi ketenteraan Rejim Israel ke atas Gaza. Ratusan nyawa rakyat awam telah terbunuh akibat daripada kezaliman terbaru Rejim Israel. PKPIM menolak sebarang justifikasi undang-undang antarabangsa atas nama Hak Pertahanan Diri yang dipertahankan oleh Rejim Israel dan negara-negara sekutunya. PKPIM menganggap operasi ketenteraan tersebut sebagai satu lagi bukti sah dan jelas akan pencabulan undang-undang antarabangsa dalam erti kata sebenar. Rejim Israel dan negara-negaea sekutunya adalah musuh sebenar yang perlu dihapuskan demi kemanan dan keharmonian dunia.


Sehubungan dengan itu, PKPIM menyokong penuh usaha Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa diadakan persidangan tergempar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mendesak campurtangan PBB di dalam mengutuk dan menghentikan kekejaman Rejim Israel terhadap Gaza. PKPIM juga turut mendokong saranan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memboikot produk-produk Amerika Syarikat dan penggunaan Dolar Amerika Syarikat.


Dalam pada itu, PKPIM berpandangan Malaysia harus terkehadapan di dalam meneraju usaha pembebasan Palestin daripada cengkaman Rejim Israel. PKPIM menyarankan Malaysia untuk segera menamatkan sebarang usaha ke arah Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Amerika Syarikat dan negara-negara sekutu Rejim Israel. Ini adalah langkah perlu untuk menunjukkan ketegasan Malaysia di dalam mengutuk Rejim Israel dan negara-negara sekutunya di atas kezaliman dan kekejaman berpanjangan terhadap Palestin.


Sekaligus,PKPIM melahirkan kerisauan terhadap dasar luar yang ditunjukkan oleh Republik Czech yang turut menjadi sekutu Rejim Israel. Memandangkan Republik Czech bakal mengetuai Kesatuan Eropah tidak lama lagi. Maka itu, PKPIM menyarankan Malaysia memberi tekanan dengan turut menamatkan usaha ke arah Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Kesatuan Eropah sekiranya Republik Czech terus memberi sokongan terhadap tindakan tidak berperi kemanusiaan Rejim Israel terhadap Palestin.


PKPIM berpendapat bahawa langkah-langkah yang dicadangkan ini adalah perlu untuk menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap dasar luar yang Rejim Israel dan negara-negara sekutunya yang tidak menghormati negara dunia yang lain. Rejim Israel dan negara-negara sekutunya tidak boleh memaksa dunia untuk tunduk kepada dasar dan takrif undang-undang mereka tetapi harus turut bersama negara dunia yang lain di dalam memastikan kemanan dan keharmonian dunia menurut dasar dan takrif undang-undang yang diiktiraf bersama.



KHAIRUL ANWAR BIN SHAZALI

Setiausaha Agung,

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Comments

Jolynn said…
Israel merupakan negara haram. PBB pun tak buat apa-apa. Mengecewakan sungguh. OIC pun senyap. =(