PKPIM KECAM REJIM ISRAEL DAN SEKUTUNYA
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengecam sekeras-kerasnya operasi ketenteraan Rejim Israel ke atas Gaza. Ratusan nyawa rakyat awam telah terbunuh akibat daripada kezaliman terbaru Rejim Israel. PKPIM menolak sebarang justifikasi undang-undang antarabangsa atas nama Hak Pertahanan Diri yang dipertahankan oleh Rejim Israel dan negara-negara sekutunya. PKPIM menganggap operasi ketenteraan tersebut sebagai satu lagi bukti sah dan jelas akan pencabulan undang-undang antarabangsa dalam erti kata sebenar. Rejim Israel dan negara-negaea sekutunya adalah musuh sebenar yang perlu dihapuskan demi kemanan dan keharmonian dunia.
Sehubungan dengan itu, PKPIM menyokong penuh usaha Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa diadakan persidangan tergempar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mendesak campurtangan PBB di dalam mengutuk dan menghentikan kekejaman Rejim Israel terhadap Gaza. PKPIM juga turut mendokong saranan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memboikot produk-produk Amerika Syarikat dan penggunaan Dolar Amerika Syarikat.
Dalam pada itu, PKPIM berpandangan Malaysia harus terkehadapan di dalam meneraju usaha pembebasan Palestin daripada cengkaman Rejim Israel. PKPIM menyarankan Malaysia untuk segera menamatkan sebarang usaha ke arah Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Amerika Syarikat dan negara-negara sekutu Rejim Israel. Ini adalah langkah perlu untuk menunjukkan ketegasan
Sekaligus,PKPIM melahirkan kerisauan terhadap dasar luar yang ditunjukkan oleh Republik Czech yang turut menjadi sekutu Rejim
PKPIM berpendapat bahawa langkah-langkah yang dicadangkan ini adalah perlu untuk menunjukkan ketegasan
KHAIRUL ANWAR BIN SHAZALI
Setiausaha Agung,
Comments